BISNES & JUALAN

7 Cara Tukar Senarai Customer Lama Jadi Jualan Minggu Ni

Oleh Danial Zamri · Bacaan 5 minit

Senarai hari ini · contoh
VIP · beli 3 kali atau lebih42
Hampir habis stok118
Baru beli 7 hari lepas57
Senyap lebih 90 hari604

Anda dah ada senarai customer. Mungkin dalam WhatsApp, dalam Excel, atau bertabur dalam order marketplace.

Senarai tu bukan sekadar rekod. Ia orang yang dah percaya dan dah pernah keluarkan duit untuk anda.

Ni 7 cara mudah untuk mula gali senarai tu, tanpa kos iklan baru 👇

1Kira nilai sebenar seorang customer

Nilai customer · contoh
  • 1 jualan: RM60
  • Beli semula 4 kali setahun
  • Nilai setahun: RM240
  • Nilai sebenar = sepanjang dia dengan anda

Kebanyakan kita kira untung ikut satu jualan. Padahal seorang customer yang beli semula bernilai berkali ganda.

💡 Bila tahu nilai sebenar, kita tak lagi rasa “segan” nak follow up. Kita faham apa yang dipertaruhkan.

2Susun senarai: siapa dulu esok pagi

Senarai hari ini · contoh
VIP · hubungi dulu42
Hampir habis stok118
Belum perlu apa-apa1,203

Jangan cuba hubungi semua orang serentak. Asingkan customer ikut status: VIP, hampir habis stok, baru beli, dah lama senyap.

💡 Mula dengan kumpulan kecil yang paling dekat untuk beli semula. Hasil cepat, motivasi pun naik.

3Hantar tawaran sebelum stok habis

◆ Customer · contoh ilustrasi
Salam kak, dah hampir sebulan sejak order hari tu
Saya simpan satu untuk akak, nak saya terus pos minggu ni?
Eh pandai je adik tahu stok akak dah nak habis 😄 boleh, pos ya

Kira berapa lama produk anda biasanya habis, kemudian hubungi customer beberapa hari sebelum tarikh tu.

💡 Lambat sehari pun, customer dah mula cari pengganti. Masa ialah separuh daripada jualan.

4Tulis mesej peribadi, bukan broadcast

◆ Beza dua mesej
✗ PROMO!!! Beli 2 free 1!!!
✓ Hai Kak Ina, yang akak ambil bulan lepas tu okay tak? Ada yang baru sampai, rasa akak suka

Sebut nama, sebut apa yang dia beli, tanya khabar. Mesej pendek yang rasa ditulis untuk dia seorang.

💡 Customer tak layan iklan, tapi dia layan orang yang ingat dia.

5Win back customer senyap dengan mesej berurutan

Urutan win back · contoh
  • Mesej 1: tanya khabar, tiada jualan
  • Mesej 2: kongsi sesuatu yang berguna
  • Mesej 3: tawaran khas untuk dia

Customer yang dah lama senyap jarang balas satu mesej “promo”. Tapi bila dihubungi dengan beberapa mesej yang tersusun, ramai yang kembali.

💡 Satu mesej ialah cubaan. Tiga mesej yang tersusun ialah sistem.

6Naikkan nilai setiap order

◆ Customer · contoh ilustrasi
Boleh, pos ya
Tambah satu lagi untuk adik akak sekali

Bila customer dah setuju beli, itu masa paling senang untuk tawar pakej, saiz lebih besar atau satu lagi untuk ahli keluarga.

💡 Lebih mudah tambah nilai pada orang yang dah kata “ya” daripada cari orang baru.

7Minta referral dari customer yang puas

◆ Customer
Terima kasih kak sebab percaya kami 🙏 Kalau ada kawan yang sesuai, boleh kongsi nombor kami ya
Boleh je, adik ipar akak pun tengah cari

Customer yang puas ialah jurujual paling dipercayai. Ramai sanggup kongsi, cuma tiada siapa yang pernah minta.

💡 Minta pada masa yang betul: sejurus selepas dia beritahu dia suka produk anda.

Jadi, apa yang kita boleh buat?

7 langkah ni nampak mudah atas kertas. Yang susah ialah buat setiap hari secara konsisten: tahu siapa nak dihubungi hari ini, bila, dan nak taip apa.

  • Kenal pasti siapa customer yang paling bernilai.
  • Susun senarai ikut status: VIP, hampir habis, senyap.
  • Hubungi pada masa yang tepat, sebelum stok habis.
  • Guna skrip yang rasa peribadi, bukan broadcast.

Bunyinya mudah. Masalahnya, kebanyakan kita tak ada sistem untuk buat semua ni setiap hari: siapa nak dihubungi, bila, dan nak taip apa. Sebab tu saya susun semuanya dalam satu buku kerja 👇

Kenalkan

GALI EMAS: Tukar Database Jadi Duit

Buku kerja PDF oleh Danial Zamri (DZ), untuk usahawan yang dah ada pembeli tapi belum tahu cara menggalinya. Bukan buku motivasi: buka, isi, guna.

21 Babdalam 9 bahagian
21 SkripWhatsApp siap salin
Sheetautomatik, dah berformula
90 Hariroadmap + pelan harian 30 hari

Masukkan data customer ke dalam sheet sekali. Ia terus papar segmen, status, dan siapa sampai giliran hari ini. Anda cuma buka senarai, salin skrip yang betul, dan hantar.

Antara maklum balas pembeli:

Follow up 10 orang, 5 orang repeat order, Alhamdulillah best!
Saya dah nampak jelas cara main game DATABASE lepas baca ebook ni
Selama ni duk simpan database sampai berhabuk..
📘 APA YANG ANDA DAPAT
Dalam GALI EMAS
  • Ebook GALI EMAS, 21 bab (PDF)
  • 21 skrip WhatsApp siap salin
  • Fail sheet automatik yang dah berformula
  • Panduan PDF tukar ke Google Sheets
  • Roadmap 90 hari + pelan harian 30 hari
  • Worksheet audit database & kira potensi

Nak tengok macam mana GALI EMAS boleh bantu bisnes anda?

Isi nama, no. WhatsApp dan emel di bawah. Lepas tu saya tunjuk penuh macam mana sistem ni berfungsi untuk database anda 👇

🔒 Maklumat anda selamat🚫 Tiada spam
✅ Terima kasih!

Maklumat anda dah diterima. Tekan butang di bawah untuk tengok bagaimana GALI EMAS boleh bantu anda.

TENGOK BAGAIMANA GALI EMAS BOLEH BANTU SAYA →
Semua angka dan perbualan dalam artikel ini ialah contoh ilustrasi, bukan jaminan pendapatan. Hasil berbeza mengikut produk, pasaran dan usaha pelaksanaan. Produk digital tidak boleh dipulangkan setelah fail dimuat turun. Laman ini tidak berkaitan dengan Meta Platforms, Inc.

© Danial Zamri 2026 · danialzamri.com
Scroll to Top